Tuesday, 11 December 2012
Saturday, 24 November 2012
SAJAK BUATMU GURU.
SAJAK OBOR HEMAH.
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988
PENGERTIAN & DEFINISI BAHASA.
Definisi bahasa
Bahasa adalah anugerah Allah yang
digunakan untuk tujuan berinteraksi sesama sendiri. Allah telah mengurniakan
kepada Nabi Sulaiman keistimewaan memahami bahasa haiwan. Ini membuktikan
bahawa haiwan juga mempunyai bentuk bahasa bagi tujuan berkomunikasi dan
memahami sesama mereka. Sebagai manusia yang dilantik oleh Allah sebagai
khalifah di muka bumi ini manusia juga mempunyai kemampuan menguasai bahasa
dengan baik. Manusia menggunakan bahasa untuk menyampaikan pendapat, idea,
perasaan dan rasa tidak puas hati melalui bahasa.
Tokoh-tokoh
bahasa dan linguistik telah memberikan berbagai-bagai definisi bahasa.
Antaranya adalah seperti berikut:
“ Bahasa adalah
lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili
sesuatu.” ( Reed, C.A., 1994)
“ Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan
ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk
dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.” (Simanjuntak, 1978)
“ Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara
sewenang-wenangnya dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.”
(Bloom,1988)
Berdasarkan definisi bahasa di atas,
jelas kepada kita bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang
dikeluarkan secara sewenang-wenangnya (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964),
arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and
which is symbolized...”
Bagi menjelaskan lagi maksud
sewenang-wenangnya atau arbitrari ini, Asmah Hj. Omar (1986) menerangkan bahawa
unit yang kita tuturkan sebagai “ rumah” itu bukanlah benda konkrit yang
mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu yang menjadi tempat kita
berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Ini bererti, benda-benda
konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai
lambang-lambang lain. Misalnya ‘bait’ (bahasa Arab) , ‘house’ (bahasa Inggeris)
, ‘het huis’ (bahasa Belanda) , ‘griya’ (bahasa Jawa halus) , dan ‘walay’
(bahasa Kadazan) dan seumpamanya.
Monday, 5 November 2012
STATISTIK tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca
sehelai muka surat buku dalam setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik itu
dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Manakala kajian profil membaca
pada tahun 2005 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa
kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Purata
dua naskhah buku yang dibaca dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan
santai berupa komik, majalah dan akhbar. Statistik ini jelas menunjukkan dalam
tempoh 1996 – 2005, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap kecenderungan
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Perangkaan tahun 2005 mendapati hanya
10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000
judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika
Syarikat dan 45,000 judul di India.
Monday, 29 October 2012
Konsep dan takrif bahasa menurut
ahli bahasa yang terkemuka.
(a) G.Trager(1949)
Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan
bermakna yang digunakan oleh anggota maasyarakat untuk berhubung sebagai satu
cara mereka bersosialisasi.
(b) Noam
Chomsky (1957)
Bahasa ialah set ayat, sama ada terbatas atau tidak dan
setiap ayat yang terbatas panjangya dibina oleh satu set elemen yang terbatas
juga.
(c) R.A Hall
(1964)
Bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia
berkomunikasi dan berhubung di anatara satu samalain yang mengandungi makna dan
menggunakan lambang-lambang arbitrari
lisan – pendengaran.
(d) Michael
Halliday (1973)
Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah
laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosial.
Asal usul
Bahasa.
Asal usul bahasa merupakan teriakan naluri dan perasaan
yang kuat menyebabkan terkeluar perkataan daripada mulut.
Asal usul bahasa
juga dipercayai kesan pengaruh imej alam, yakni proses peniruan
bunyi-bunyi seperti cicitan burung, kokokan ayam, dan lain-lain.
Masyarakat Yunani percayabahawa bahasa pada asalnya
merupakan bunyi bahasa yang dicipta oleh wira-wira ghaib.
Dalam perspektif Islam , wahyu disampaikan kepada Nabi Nuh
dalam bahasa tersendiri melalui perantaraan Malaikat.
Ekspetasi Bahasa.
1. Peluputan Bahasa.
~ Contohnya bahasa Hawaii dan bahasa Guam di Pulau Guara.
2. Pembekuan Bahasa.
~Berlaku disebabkan sama ada bahasa itu tidak berkembang,
terhad kepada komuniti kecil sahaja, tiada sistem tulisan, atau hanya terdapat
dalam naskah lama seperti mantera.
3.Penyurutan Bahasa.
~Berlakua apabila penuturnya berkurangan.
~Contoh bahasa Melayu di Singapura dan Selatan Thai.
Subscribe to:
Posts (Atom)