Saturday 24 November 2012

SAJAK BUATMU GURU.


SAJAK OBOR HEMAH.

Guru adalah awan indah terbang rendah, 
melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 
ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar, 
menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hati nurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988

PENGERTIAN & DEFINISI BAHASA.


Definisi bahasa
Bahasa adalah anugerah Allah yang digunakan untuk tujuan berinteraksi sesama sendiri. Allah telah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman keistimewaan memahami bahasa haiwan. Ini membuktikan bahawa haiwan juga mempunyai bentuk bahasa bagi tujuan berkomunikasi dan memahami sesama mereka. Sebagai manusia yang dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini manusia juga mempunyai kemampuan menguasai bahasa dengan baik. Manusia menggunakan bahasa untuk menyampaikan pendapat, idea, perasaan dan rasa tidak puas hati melalui bahasa.
 Tokoh-tokoh bahasa dan linguistik telah memberikan berbagai-bagai definisi bahasa. Antaranya adalah seperti berikut:
 “ Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu.” ( Reed, C.A., 1994)
“ Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.” (Simanjuntak, 1978)
“ Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.” (Bloom,1988)
Berdasarkan definisi bahasa di atas, jelas kepada kita bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and which is symbolized...”
Bagi menjelaskan lagi maksud sewenang-wenangnya atau arbitrari ini, Asmah Hj. Omar (1986) menerangkan bahawa unit yang kita tuturkan sebagai “ rumah” itu bukanlah benda konkrit yang mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu yang menjadi tempat kita berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Ini bererti, benda-benda konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai lambang-lambang lain. Misalnya ‘bait’ (bahasa Arab) , ‘house’ (bahasa Inggeris) , ‘het huis’ (bahasa Belanda) , ‘griya’ (bahasa Jawa halus) , dan ‘walay’ (bahasa Kadazan)  dan seumpamanya.



Monday 5 November 2012



STATISTIK tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat buku dalam setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik itu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Manakala kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Purata dua naskhah buku yang dibaca dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Statistik ini jelas menunjukkan dalam tempoh 1996 – 2005, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap kecenderungan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.

[Sajak] Dari Jendela Diri - A Aziz Deraman + Lirik



Di atas robohan kota Melaka Kita bangunkan jiwa merdeka Bersatulah Melayu seluruh baka Membela hak keadilan pusaka (Kota Melaka, 1946)

ISU GLOKAL DAN GLOBAL: SENARAI SASTERAWAN NEGARA

ISU GLOKAL DAN GLOBAL: SENARAI SASTERAWAN NEGARA

Monday 29 October 2012


Konsep dan takrif bahasa menurut ahli bahasa yang terkemuka.
(a) G.Trager(1949)
Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang digunakan oleh anggota maasyarakat untuk berhubung sebagai satu cara mereka bersosialisasi.
(b) Noam Chomsky (1957)
Bahasa ialah set ayat, sama ada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang terbatas panjangya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.
(c) R.A Hall (1964)
Bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung di anatara satu samalain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari  lisan – pendengaran.
(d) Michael Halliday (1973)
Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosial.

Asal usul Bahasa.
Asal usul bahasa merupakan teriakan naluri dan perasaan yang kuat menyebabkan terkeluar perkataan daripada mulut.
Asal usul bahasa  juga dipercayai kesan pengaruh imej alam, yakni proses peniruan bunyi-bunyi seperti cicitan burung, kokokan ayam, dan lain-lain.
Masyarakat Yunani percayabahawa bahasa pada asalnya merupakan bunyi bahasa yang dicipta oleh wira-wira ghaib.
Dalam perspektif Islam , wahyu disampaikan kepada Nabi Nuh dalam bahasa tersendiri melalui perantaraan Malaikat.
Ekspetasi Bahasa.
1. Peluputan Bahasa.
~ Contohnya bahasa Hawaii dan bahasa Guam di Pulau Guara.
2. Pembekuan Bahasa.
~Berlaku disebabkan sama ada bahasa itu tidak berkembang, terhad kepada komuniti kecil sahaja, tiada sistem tulisan, atau hanya terdapat dalam naskah lama seperti mantera.

3.Penyurutan Bahasa.
~Berlakua apabila penuturnya berkurangan.
~Contoh bahasa Melayu di Singapura dan Selatan Thai.